10 Dis 2011

rumah kena rush dengan mtm

hari ni aku nak cerita pasal rumah aku kena rush dengan mtm hari khamis malam hari tu. macam ni cerita dia....

tersebut lah kisah. pada malam itu aku tengah buat kerja chemistry (kot. aku pun lupa). then aku dengar ada orang ketuk pintu rumah kami. dengan kuat sekali. aku pun buat tak tahu je lah sebab aku tahu kat hall,ada housemate aku tengah main game kat laptop dia,mestilah dia yang akan bukak pintu kan. but then,pintu bilik aku pulak yang kena ketuk. aku dengan roomate aku mula-mula buat tak tahu je sebab dah biasa dah housemates main ketuk-ketuk pintu bilik ni. akan tetapi,pintu bilik kau diketuk berkali-kali sampai aku pun naik bengang. aku pun cakap macam ni kat orang yang ketuk pintu bilik tu,'masukmasuk'. dia tak masuk. aku cakap lagi,'masuk je.tak kunci'. pintu bilik aku pun terbuka. tapi yang aku tengok,bukan housemates aku yang bukak. tapi,akak senior mtm. eh.....dah kenapa akak-akak ni datang? pelik! selamba je aku suruh dia masuk tadi kan. ceh.

akak-akak tu cakap,'minta maaf ye. nak buat spotcheck sikit'. aku pun mengangguk tanda paham. padahal tengah blur dan seram sebab kami punya rice cooker ada kat hall. barang terlarang tu. habis kantoi. dia orang siap check setiap bilik. dah kenapa ni? dah puas check bilik,ada akak tu tanya,'siapa punya kasut converse warna coklat dengan slipper larry ni?'. kami pun jawab 'farah punya'. dorang pun cakap 'oh' je. luar rumah aku memang ramai giler orang. dengan senior lelaki pun ada jugak. senoir kos pulak tuh. dengan freehair nya aku kat rumah. nampak senior lelaki,cepat-cepat ambil towel. tutup mana yang perlu. selepas dia orang tak jumpa ape yang dia orang cari,dia orang pun blah.

lepas tutup je pintu rumah,aku dengan housemates semua dok wonder kenapa mereka rush rumah. then,sorang housemates aku ni cakap,akak mtm tu kata ada lelaki masuk rumah perempuan tak keluar-keluar. kami pun shock jugak la kan. tapi,persoalan tu kami biarkan tergantung je. hurm.....

hari ni,kami bukak balik kes rumah kena rush tu. rupa-rupa nya mtm salah info. aik?pulak dah....
lelaki yang mereka dok sibuk cari tu tak ada pun sebenarnya. jengjengjeng. then,siapa yang mereka nampak tu? yang mereka nampak tu,housemate aku, farah. farah cakap,dia nak buang sampah kat luar then dia nampak dr. haris,felo kolej kami. dr haris tengok dia,dia pun tengok dr. haris. dr haris kat bawah,dia kat floor 2 sebab rumah kami floor 2. dr. haris ingat farah tu lelaki sebab physically,farah macam lelaki. rambut pendek,badan agak besar. dia masuk rumah kami,tak keluar-keluar. yelah buat apa nak keluar. rumah dia jugak. patut lah beriya check rumah kita orang. ketuk pintu macam nak roboh. sat gi salah info. haih.....

moral of the story: nak rush ruamh,dapatkan info betul-betul. jangan main rush je. okay :)

p/s: tugasan kenegaraan tak buat lagi. perlu buat sekarang! fullstop.

its me,
atie :)

Tiada ulasan: