30 Dis 2011

hati

semakin hari semakin dekat aku dengan final exam. dan aku tak tahu kenapa aku semakin down berada di bumi upm ni. ape masalah aku sebenarnya ni? sejak balik upm balik,aku macam tak ada semangat. kadang-kadang aku rasa macam tak nak balik sini dah. aku tak dapat ketenangan kat sini. selalu rasa down. aku tak tahu la sebab ape aku down. environment ke, orang-orang nya ke. taktahutaktahutaktahu. 

environment kat sini tak sama macam environment masa kat matrik. kat matrik pun mak ayah aku tak ada jugak. kawan-kawan sekolah pun tak ada jugak. tapi aku tak lah rasa down macam ni. tak ada lah setiap minggu aku rasa macam nak terbang balik jb. masa kat matrik dulu,aku boleh stay kat sana berbulan-bulan tak balik pun tak pe. tapi kat upm ni. dua minggu stay pun aku rasa macam dah meronta-ronta rasa nak balik. kawan-kawan kat sini pun lain jugak. kat matrik dulu aku rasa semua orang bagi support untuk belajar. siap di invite lagi untuk belajar sama-sama dengan classmates. tapi kat sini,tak punnnnn.... semua sendiri-sendiri. lantak hang la nak jadi ape. kalau kau tenggelam,kau mati. aku memang dah separuh mati pun kat sini.

weh. aku rindu kawan-kawan matrik aku yang selalu bagi support. even sampai sekarang,kalau aku post status kat fb something yang down, ada je kawan matrik aku,kawan sekolah yang akan tanya,kenapa ni? jangan la macam ni. kuat semangat okayh. tapi kawan kat sini? okayh,ada la sorang yang macam agak concern dengan aku. thanks. tapi sorang je??? housemates aku tak pernah tanya langsung. waaa!!!! kenapa la jadi macam ni? salah aku ke semua ni jadi? salah aku ke? salah aku ke? 

yeah. aku memang selalu berlagak cool macam tak ada ape jadi kan. aku memang suka senyum bila ada orang yang dok perli-perli dan sentap kan aku. tapi dia orang tak tahu ape yang aku rasa. dan aku ni pulak jenis yang tak reti express perasaan aku. so,aku pendam je la. kadang,aku rasa tak ada siapa pun faham aku. tak ada siapa yang fikir pasal perasaan aku. macam aku sorang yang fikir pasal semua orang. pfft!
mak aku je yang paham aku. sebab tu aku sayang mak aku.

sorry sebab buat blog ni tempat meluah kan rasa hati dan perasaan aku. huw~ :'(

bye.

13 Dis 2011

friendship

friendship are like STARS. you dont see them but know they always there for you.

kenapa kita ada kawan?
- sebab kita tak nak orang cakap kita sorrow girl/boy
- konon2 hot la ramai kawan. ramai orang kenal. aku ramai kawan. kau ada??
- boleh tumpang publisiti kawan-kawan yang lagi hot dari kita supaya kita pun ter'hot' sekali

errr....korang semua nak ada kawan sebab tu ke? please lah.
aku sebagai seorang yang sangat passionate about friendship. kalau kau tak suka,cakap kat dia. tak payah nak simpan,buat-buat baik depan dia tapi belakang dia kau kutuk-kutuk orang tu.
hello....kita da besar okayh. be mature la sayang oi..

kau tak suka orang cakap belakang pasal kau. so,kau jangan lah cakap belakang pasal dia.
tapi bukan nya senang kami nak habaq kat depa kami tak suka depa. kami tak berani nak habaq depan-depan dengan depa.


see..kau yang buat pilihan nak buat macam tu. honesty is the best policy babe. okayh. maybe,dia tak boleh terima dengan apa yang kau cakap. after cakap tu,kau jangan la buat muka tak tahu then blah je. say sorry la kat dia. tak susah pun nak say sorry okauh. just two words, I'M SORRYYYYYYYYY....
senang kan. orang kata kalau kita gaduh dengan kawan,untuk betul kan apa yang dia salah,korang akak jadi lebih rapat. and thats true! aku dah mengalaminya. aku gaduh dengan kawan yang aku kenal dari sekolah rendah lagi. sebab nya,dia asyik nak orang ikut kepala dia. what the? nak ikut cakap kau je? sorry lah. aku bukan jenis orang yang senang kena pijak. end up,aku terus terang je dengan dia. bagi tahu yang aku tak suka style dia,blablabla. and,lepas tu,kita orang berbaik semula,jadi makin rapat. setiap kali keluar mesti sama-sama. shopping sama-sama. best apa.

pada aku,aku tak kisah kalau kawan-kawan aku yang konon nya mula-mula baik dengan aku,tetibe je nak condemn aku itu ini. aku peduli apa. lantak lah.
aku ada terbaca satu artikel ni dekat blog kawan aku jugak. dia kata kalau korang tak suka seseorang tu,nmakna nya korang nak jadi macam dia tapi tak dapat. thats why korang tak suka dia. conclusion nya. siapa-siapa yang tak suka aku,makna nya korang nak jadi macam aku. wahhhhh....tak sangka. popular jugak i kan.... erk!

so,sebelum korang nak tak suka kat seseorang tu,fikir lah masak-masak. tak payah lah kau nak judge orang. kita pun belum tentu perfect nak judge orang itu ini. kau cakap orang tu menggedik. padahal,dlam tak sedar,kau pun menggedik jugak. sama jugak kau dengan dia orang. tak ada beza. tak payah la nak tak suka tak suka orang ni. kau kawan je lah dengan semua orang. kawan biasa-biasa pun tak pe. so that kau boleh jadi universal. campak mana pun boleh. hidup. tak mati nya kau. nak ada kawan rapat boleh. mayabe just 3-4 orang je. yang kau boleh share problem,percaya kat dia. tapi jangan la kau percaya gila kat dia sampai password kad bank pun kau bagi tahu dia. tu memang cari masalah nama nya.

i have to go now. next time akan post entry lain pulak. bye!

10 Dis 2011

rumah kena rush dengan mtm

hari ni aku nak cerita pasal rumah aku kena rush dengan mtm hari khamis malam hari tu. macam ni cerita dia....

tersebut lah kisah. pada malam itu aku tengah buat kerja chemistry (kot. aku pun lupa). then aku dengar ada orang ketuk pintu rumah kami. dengan kuat sekali. aku pun buat tak tahu je lah sebab aku tahu kat hall,ada housemate aku tengah main game kat laptop dia,mestilah dia yang akan bukak pintu kan. but then,pintu bilik aku pulak yang kena ketuk. aku dengan roomate aku mula-mula buat tak tahu je sebab dah biasa dah housemates main ketuk-ketuk pintu bilik ni. akan tetapi,pintu bilik kau diketuk berkali-kali sampai aku pun naik bengang. aku pun cakap macam ni kat orang yang ketuk pintu bilik tu,'masukmasuk'. dia tak masuk. aku cakap lagi,'masuk je.tak kunci'. pintu bilik aku pun terbuka. tapi yang aku tengok,bukan housemates aku yang bukak. tapi,akak senior mtm. eh.....dah kenapa akak-akak ni datang? pelik! selamba je aku suruh dia masuk tadi kan. ceh.

akak-akak tu cakap,'minta maaf ye. nak buat spotcheck sikit'. aku pun mengangguk tanda paham. padahal tengah blur dan seram sebab kami punya rice cooker ada kat hall. barang terlarang tu. habis kantoi. dia orang siap check setiap bilik. dah kenapa ni? dah puas check bilik,ada akak tu tanya,'siapa punya kasut converse warna coklat dengan slipper larry ni?'. kami pun jawab 'farah punya'. dorang pun cakap 'oh' je. luar rumah aku memang ramai giler orang. dengan senior lelaki pun ada jugak. senoir kos pulak tuh. dengan freehair nya aku kat rumah. nampak senior lelaki,cepat-cepat ambil towel. tutup mana yang perlu. selepas dia orang tak jumpa ape yang dia orang cari,dia orang pun blah.

lepas tutup je pintu rumah,aku dengan housemates semua dok wonder kenapa mereka rush rumah. then,sorang housemates aku ni cakap,akak mtm tu kata ada lelaki masuk rumah perempuan tak keluar-keluar. kami pun shock jugak la kan. tapi,persoalan tu kami biarkan tergantung je. hurm.....

hari ni,kami bukak balik kes rumah kena rush tu. rupa-rupa nya mtm salah info. aik?pulak dah....
lelaki yang mereka dok sibuk cari tu tak ada pun sebenarnya. jengjengjeng. then,siapa yang mereka nampak tu? yang mereka nampak tu,housemate aku, farah. farah cakap,dia nak buang sampah kat luar then dia nampak dr. haris,felo kolej kami. dr haris tengok dia,dia pun tengok dr. haris. dr haris kat bawah,dia kat floor 2 sebab rumah kami floor 2. dr. haris ingat farah tu lelaki sebab physically,farah macam lelaki. rambut pendek,badan agak besar. dia masuk rumah kami,tak keluar-keluar. yelah buat apa nak keluar. rumah dia jugak. patut lah beriya check rumah kita orang. ketuk pintu macam nak roboh. sat gi salah info. haih.....

moral of the story: nak rush ruamh,dapatkan info betul-betul. jangan main rush je. okay :)

p/s: tugasan kenegaraan tak buat lagi. perlu buat sekarang! fullstop.

its me,
atie :)

8 Dis 2011

aku rindu nak tulis blog balik. seriously. tak tipu.

nama aku Nurul Athiqah binti Roslan. tu untuk sesiapa yang tak tahu lah kan. kepada yang dah tahu,boleh ignore je. aku dibesarkan kat Johor Bahru. bandar metropolitan. yeke? err.... bandar tu tak pernah sunyi. kecik kecik aku da tengok kereta banyak giler bersusun atas jalan raya. kecik kecik aku da merasa hidup yang sangat sibuk dan banyak persaingan ni.

dari kecik aku sekolah campur. lelaki perempuan. sekolah biasa je. tak ada nya aku sekolah elit,primier serisegala nih. adik beradik aku pun, aku seorang je perempuan. tu yang mungkin aku lasak sikit macam lelaki. mungkin lah kannnn..... adik aku dua-dua lelaki. mungkin sebab tu aku manja sikit dalam family. mungkin sebab aku seorang je anak perempuan. semua benda yang aku punya,akan menjadi hak mutlak aku 200%. tak boleh ditukar hak milik sesuka hati. tu jugak yang membuat kan aku tak reti nak share barang dengan orang. aku punya,so,aku punya. secara jujur,aku rasa,aku sangat disayangi dalam family. sebab? sebab aku seorang je anak perempuan. semua orang pun jaga aku termasuk lah adik-adik aku.

tapi,tak semesti nya aku manja,aku tak reti independent. aku belajar hidup sendiri ni masa kat plkn. ada jugak faedah aku masuk program tu. even pada mula nya aku nangis 3 hari,matimati tak nak pergi plkn. :'( aku yang asalnya tak pernah bangun sendiri masa kat rumah. setipa pagi,mesti mak aku yang kejut aku bangun pergi sekolah. kalau aku bangun sendiri,tu keajaiban dunia kelapan. parents aku confirm pelik. tapi kat plkn,aku belajar bangun sendiri tanpa alarm. yela,handphone kan jurulatih pegang. memang miracle la aku boleh bangun setiap hari pukul 5 pagi setiap hari. kemudian,aku masuk matrik. sebilik dengan orang-orang yang totally strangers to me. but then,stangers tu la yang jadi kawan baik aku masa kat matrik. share problem,tidur sekatil.

currently,im at upm now. serumah lagi dengan strangers (again). alhamdulillah. semua nya okayh. housemate aku kebanyakan nya orang utara. kedah. tapi ada je budak sabah dalam rumah aku. macam lucu bila aku cakap utara,budak sabah cakap utara,budak semenanjung cakap sabah. dah macam bahasa apa ntah. lucu jugak!hurm. kat sini,aku ambil course environmental & occupational health. mesti korang tak tahu kan apa benda alah ni. insyaallah,after grad,aku jadi safety officer. ha,aku safety officer,korang ada? aku tak pernah terfikir pun yang aku akan jadi safety officer satu hari nanti. lepas spm,aku memang nak jadi engineer. tapi abah aku nak aku jadi doktor. mak aku pulak nak sangat aku jadi cikgu. tapi,aku tak minat nak jadi doktor. ngeri! taksukataksuka. jadi cikgu pulak,aku ni dah la tak berapa nak bersabar. tak masal je nanti. nak ambil course engine,aku dah try apply,tapi tak dapat. hurm. aku yakin, Allah da sediakan jalan yang terbaik untuk aku. ada hikmah aku masuk course ni. tu la,dulu tak suka biology sangat kan. sekarang,hamik kau,segala penyakit aku kena tahu. sekarang ni,bukan setakat biology aku belajar. aku siapa belajar biology + chemistry = biochemistry. hamik kau atie. oh tidakkkkkk....

setiap minggu,aku homesick. hari tu,dua minggu berturut-turut aku balik rumah. tak tahan homesick. aku rindu family aku. sekarang ni setakat kl-jb aku dah tak heran even masa perjalanan makan 4 jam jugak. hurm. sekarang ni aku dah pandai balik sendiri! hoyeah! ada peningkatan! dulu masa kat matrik,parent aku mesti akan hantar aku balik tangkak semula. sekarang ni,aku dah pandai balik upm sendiri. dah pandai naik KTM yang sangat sesak dengan manusia. walaweh. aku dah pandai naik bas rapid untuk balik kolej. wehee... kat sini,macam macam benda kau join. indoor,outdoor. semua aku balun. nak stay kolej punya pasal. kena kumpul merit banyak-banyak. aku join futsal,wall climbing. aku pun dah rajin jogging petang-petang. main basketball dengan housemates semua. ecehceh. padahal bukan reti pun. main belasah je. who cares? aku main suka-suka. suka hati aku lah nak main macam mana pun.

disebabkan kita orang punya hostel ala-ala apartment gitu,aku rajin la nak mengemas rumah ni. menyapu,mengemop,mengelap. sebab nya aku buat macam tu,sebab aku tak pernah masak kat rumah ni. aku tak reti masak, seriously. bagi lah aku kemas apa pun. tapi masak.....aku mintak maaf. aku tak reti. thanks housemates sebab memahami.

dah pukul 11.50pm. aku tak study lagi. final da nak dekat. so,aku terpaksa turun takhta. next time aku tulis lagi. adios~ :)

yours truly,
atie :)