aku rindu nak tulis blog balik. seriously. tak tipu.
nama aku Nurul Athiqah binti Roslan. tu untuk sesiapa yang tak tahu lah kan. kepada yang dah tahu,boleh ignore je. aku dibesarkan kat Johor Bahru. bandar metropolitan. yeke? err.... bandar tu tak pernah sunyi. kecik kecik aku da tengok kereta banyak giler bersusun atas jalan raya. kecik kecik aku da merasa hidup yang sangat sibuk dan banyak persaingan ni.
dari kecik aku sekolah campur. lelaki perempuan. sekolah biasa je. tak ada nya aku sekolah elit,primier serisegala nih. adik beradik aku pun, aku seorang je perempuan. tu yang mungkin aku lasak sikit macam lelaki. mungkin lah kannnn..... adik aku dua-dua lelaki. mungkin sebab tu aku manja sikit dalam family. mungkin sebab aku seorang je anak perempuan. semua benda yang aku punya,akan menjadi hak mutlak aku 200%. tak boleh ditukar hak milik sesuka hati. tu jugak yang membuat kan aku tak reti nak share barang dengan orang. aku punya,so,aku punya. secara jujur,aku rasa,aku sangat disayangi dalam family. sebab? sebab aku seorang je anak perempuan. semua orang pun jaga aku termasuk lah adik-adik aku.
tapi,tak semesti nya aku manja,aku tak reti independent. aku belajar hidup sendiri ni masa kat plkn. ada jugak faedah aku masuk program tu. even pada mula nya aku nangis 3 hari,matimati tak nak pergi plkn. :'( aku yang asalnya tak pernah bangun sendiri masa kat rumah. setipa pagi,mesti mak aku yang kejut aku bangun pergi sekolah. kalau aku bangun sendiri,tu keajaiban dunia kelapan. parents aku confirm pelik. tapi kat plkn,aku belajar bangun sendiri tanpa alarm. yela,handphone kan jurulatih pegang. memang miracle la aku boleh bangun setiap hari pukul 5 pagi setiap hari. kemudian,aku masuk matrik. sebilik dengan orang-orang yang totally strangers to me. but then,stangers tu la yang jadi kawan baik aku masa kat matrik. share problem,tidur sekatil.
currently,im at upm now. serumah lagi dengan strangers (again). alhamdulillah. semua nya okayh. housemate aku kebanyakan nya orang utara. kedah. tapi ada je budak sabah dalam rumah aku. macam lucu bila aku cakap utara,budak sabah cakap utara,budak semenanjung cakap sabah. dah macam bahasa apa ntah. lucu jugak!hurm. kat sini,aku ambil course environmental & occupational health. mesti korang tak tahu kan apa benda alah ni. insyaallah,after grad,aku jadi safety officer. ha,aku safety officer,korang ada? aku tak pernah terfikir pun yang aku akan jadi safety officer satu hari nanti. lepas spm,aku memang nak jadi engineer. tapi abah aku nak aku jadi doktor. mak aku pulak nak sangat aku jadi cikgu. tapi,aku tak minat nak jadi doktor. ngeri! taksukataksuka. jadi cikgu pulak,aku ni dah la tak berapa nak bersabar. tak masal je nanti. nak ambil course engine,aku dah try apply,tapi tak dapat. hurm. aku yakin, Allah da sediakan jalan yang terbaik untuk aku. ada hikmah aku masuk course ni. tu la,dulu tak suka biology sangat kan. sekarang,hamik kau,segala penyakit aku kena tahu. sekarang ni,bukan setakat biology aku belajar. aku siapa belajar biology + chemistry = biochemistry. hamik kau atie. oh tidakkkkkk....
setiap minggu,aku homesick. hari tu,dua minggu berturut-turut aku balik rumah. tak tahan homesick. aku rindu family aku. sekarang ni setakat kl-jb aku dah tak heran even masa perjalanan makan 4 jam jugak. hurm. sekarang ni aku dah pandai balik sendiri! hoyeah! ada peningkatan! dulu masa kat matrik,parent aku mesti akan hantar aku balik tangkak semula. sekarang ni,aku dah pandai balik upm sendiri. dah pandai naik KTM yang sangat sesak dengan manusia. walaweh. aku dah pandai naik bas rapid untuk balik kolej. wehee... kat sini,macam macam benda kau join. indoor,outdoor. semua aku balun. nak stay kolej punya pasal. kena kumpul merit banyak-banyak. aku join futsal,wall climbing. aku pun dah rajin jogging petang-petang. main basketball dengan housemates semua. ecehceh. padahal bukan reti pun. main belasah je. who cares? aku main suka-suka. suka hati aku lah nak main macam mana pun.
disebabkan kita orang punya hostel ala-ala apartment gitu,aku rajin la nak mengemas rumah ni. menyapu,mengemop,mengelap. sebab nya aku buat macam tu,sebab aku tak pernah masak kat rumah ni. aku tak reti masak, seriously. bagi lah aku kemas apa pun. tapi masak.....aku mintak maaf. aku tak reti. thanks housemates sebab memahami.
dah pukul 11.50pm. aku tak study lagi. final da nak dekat. so,aku terpaksa turun takhta. next time aku tulis lagi. adios~ :)
yours truly,
atie :)