1 Feb 2012

mengarut

seperti biasa,pukul 7pm, aku....

bukak tv3. tengok drama. gemersik kalbu. ecehceh. dah pandai dah tengok drama sekarang.
selama ni,aku tak pernah la nak kutuk-kutuk cerita drama cinta melayu yang klise dan basi dan kadang ntah hape-hape sebab aku tengok je tanpa ada feeling pun.



tapi tadi. tetibe aku rasa macam sangat la geram dan menyampah semasa tengok cerita tu tadi.
aku tak paham kenapa director mesti nak cut dan kadang-kadang nak mute kan suara pelakon tu bila sampai ke detik-detik yang mencemaskan. why? why? why?

situasi nya macam ni:

ayah: saya dah buat ujian DNA keatas diri saya dan Ana (nama anak dia) dan saya dah dapat keputusan nya.
mak: saya sakit kepala lah. jangan cakap apa-apa tentang Ana dekat saya. (mak tak suka Ana sebab dia ingat Ana bukan anak dia dengan husband dia sebab mak pernah kena rogol. mak ingat Ana tu anak hasil dia kena rogol)
ayah: awak dengar dulu apa saya nak cakap. keputusan nya menunjukkan bahawa...............................................................................................................................................................................
mak: TIDAK!!!!!!!!!!!!!


see. tak masal je si mak tu menjerit. apa keputusannya pun tak tahu sebab masa si ayah bercakap,director tu pi cut scene tu. tetiba je TIDAK!!!!!!!!!!!!!!! what's on Earth is going on? pfft!

okay. yang tu hal cut scene. yang ni pulak pasal mute kan suara.

ayah; Ana,ayah nak beritahu Ana sesuatu.
ana: apa dia ayah?
ayah: ayah dah buat ujian DNA kita dan  @#%^^^&&(*()__)*(&*^%%$@#!


tetiba je dia mute. mulut gerak. suara tak ada. ceh! director ni pandai. dia tak nak penonton dia lari. dia buat la macam tu. at last,Ana tu anak mak ayah dia. mak dia je poyo tak ngaku Ana tu anak dia. yelah. cerita la kan. anyway, tuan director pleasa la jangan banyak sangat buat action macam ni. buat membuatkan orang yang kurang kesabarannya like me rasa macam nak baling batu dekat tv. nasib aku tak buat sebab tak ada batu dalam rumah.

dah la. tak nak tulis panjang-panjang. tak ada idea. dan aku pun nak pi masuk tidoq awai hari ni. hehe. adios~

p/s: tengok cerita filipina lagi best. laaaaaagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii best tau. tau. tau.

Tiada ulasan: