31 Jan 2012

jatuh bangun hidup

aku bosan. aku bukak laptop. baca blog orang. bukak blog sendiri (urm,sendiri ke? blog ni share la).

aku cuba nak cari idea nak update blog. dah lama rasanya tak update since aku habis exam dan pulang ke rumah. sejak balik rumah,jarang rasanya aku online. ntah la. tak terasa langsung nak online lama-lama macam budak-budak yang tengah kemaruk meng'online' sepanjang masa. ntah ape yang dia orang tengok pun aku tak tahu.

okay. berbalik kepada topik asal.

siapa yang tak pernah jatuh dalam hidup dia seriously beruntung sebab kau tak pernah rasa betapa susah dan mencabar nya hidup ini. even aku sendiri pun pernah mengalami krisis hidup sampai hilang punca dan stress tahap setengah tiang.

tapi ada jugak orang yang bercakap, tapi bukan sekarang masa untuk aku jatuh.
kalau bukan sekarang,bila? bila dah semakin tua, masalah bertimbun baru boleh kau nak jatuh? for sure kalau kau jatuh masa tu,jatuh teruk macam jatuh tergolek-golek dari tingkat empat sampai ground floor. peh! giler tinggi! memang best. kan? kan? kan?

siapa pun tak nak dia jatuh dalam hidup. semua orang pun nak life dia bahagia dunia akhirat tanpa sebarang masalah. hidup enjoy je. senyum je kan. oarang tak ada masalaah. senyum, tak perlu kata apa-apa. fuhhh...heaven giler hidup macam tu. so,semua orang pun berlumba-lumba la berdoa setiap kali solat fardhu supaya apa yang dikehendaki dalam hidup tu tercapai dan hidup aman damai sentosa tak ada pakcik stress dengan bini dia makcik masalah datang ganggu kau setiap malam. horor la pulak. erk!

tapi,biasalah. kalau berdoa je,tak buat apa-apa,terang lagi bersuluh la yang korang tak kan dapat apa yang korang nak tu. contoh nya, bila nak exam. siapa yang tak nak result gempak. dapat pointer 4.99. aww mennn.... lagi 0.01 je nak 5.00 beb. giler hebat! awesome. amazing! dekan jangan cerita la. beratus ha sijil dekan kat rumah. dah boleh buat wallpaper rumah. semua orang nak macam tu kan. tapi doa je kerja korang. siang malam pagi petang. doa je. dari study week sampai la hari exam. segala solat korang tak tinggal. solat hajat jangan cerita lah kan. bagus. seriously bagus. tapi......... buku korang susun elok-elok atas meja. siap berdebu segala. sikit pun korang tak study. hurm. formula nak berjaya ialah usaha + doa + tawakal = kejayaan.



okay la. andai kata korang dah study habis semua. buku tu, dah dua kali korang khatam tajuk dengan isi nya sekali. tak tidur malam dek kerana korang telan air kopi la,nescafe la banyak-banyak konon tak nak bazir masa dengan tidur. solat wajib,solat sunat,puasa korang tak tinggal. dah tawakal habis-habisan. doa pun dah. tuptup keluar result,korang dapat 4.00 je. tak dapat 5.00. padahal korang dah target korang dapat 5.00. soalan exam tu rasa senang giler. jawab tutup mta. confident tahap super saiya.



jangan la frust, bersedih. mogok lapar. tak nak makan,tak nak minum. tak nak mandi segala. setiap yang berlaku ada kebaikan nya. harus pejam mata dan cuba apa saja (eceh. lirik lagu najwa latif nampak. hohohoi!) tapi betul apa najwa latif cakap. setiap yang berlaku,ada kebaikan dia. there's silverlining behind the cloud.

Allah tu Maha mendengar. Maha mengasihani. Dia mendengar setiap doa dan permintaan hamba-hambanya.  tapi,doa kita ada yang dimakbulkan. ada yang tak kan.

JIKA ALLAH MEMAKBULKAN DOA KITA,
BERMAKNA DIA DAH LETAK KEPERCAYAAN NYA ATAS KITA.
JIKA ALLAH MENAGGUHKAN DOA KITA,
MAKNANYA,BELUM SAMPAI MASA NYA LAGI.
JIKA ALLAH TAK MAKBULKAN DOA KITA,
MAKNANYA DIA ADA SESUATU YANG LEBIH BAIK UNTUK KITA DI MASA HADAPAN.

so,jangan cepat putus asa okay. aku pun berpegang pada kata-kata kat atas ni. 



p/s; bersedia untuk jatuh dan bangun semula kemudiannya menjadi insan yang berjaya

Tiada ulasan: