11 Jan 2012

.................

assalamualaikum.

dah lama rasanya aku tak update blog ni. dek kerana kekangan waktu (ceh. bahasa akuuuu). ye. kekangan waktu sebab aku tengah final exam untuk semester pertama aku kat upm ni. well. semua degree students pun tengah final exam ape. kecoh lebih. suka ah!

tak sangka kan. da masuk tahun 2012. selamat taun baru! evan dah 11 hari berlalu. aku peduli hape. nak jugak cakap. selamat taun baru.selamat tahun baru. selamat tahun baruuuuuu. dan juga selamat hari lahir kepada mak saya. yang ke.....err....ha! happy birthday mak. i love you. dan pada kala ini juga,umur ku mengikut tahun dah masuk 20. oh tidakkkkkk... dah tua. nasib baik tak ada wrinkles. phew!

kadang-kadang,aku rasa macam tak nak membesar. aku nak stay zaman sekolah. zaman kecik-kecik dimana adik-adik aku tak ada lagi pun best. parents aku sayang aku sorang je. bahagia. ceh. tamak kan? makin besar,makin banyak dugaan hidup. makin banyak masalah. ya Allah,berilah aku kekuatan untuk menempuhi semua ini.

bila ditimpa masalah,aku menangis. aku tak tahu kenapa aku lemah sangat sekarang. tapi,tak ada siapa pun yang tahu aku nangis. aku sorok dari pandangan mata-mata orang semua. aku tak nak nampak yang aku ni lemah sangat. aku nak mereka tengok aku kuat. senyum diluar. tapi kat dalam,aku sahaja yang tahu.

sekarang ni,aku cepat stress. stress dengan yang ni ni ni. ye. aku fikir. salah aku kah? ye. mungkin salah aku. aku minta maaf. jika salah mereka? biarkan lah. aku dah lama maafkan korang. aku rasa macam nak lari dari masalah ni semua. aku nak lari pergi marikh. nanti lapar,aku balik ke bumi semula. errrr...boleh ke macam tu?

pagi tadi aku mengadu dengan roomate yang aku nak balik rumah. padahal aku baru je balik hari tu sebab gap exam yang lama. dan aku baru sampai upm ni semalam. ye. SEMALAM. dan hari ni aku cakap nak balik. HARI INI. aku tak tahu kenapa aku macam tak tahan duduk sini. waa...mak. tolongggggg.....

mak aku je yang paham aku. aku ulang. mak aku je yang paham aku. aku jeles kepada sesiapa yang belajar utm skudai. serius jeles. kalau aku belajar situ. jangan harap nak nampak muka aku kat hostel. for sure hari-hari aku balik. serius!

p/s: last paper hari ni. jap lagi nak berfoya-foya. haha

Tiada ulasan: