12 Jan 2012

dia yang mengetahui

morning guys. yeah. morning since it has been 3.39am now.

dek kerana mata aku yang masih bulat lagi ni. aku tetibe rasa macam nak post something. something yang aku rasa di dalam benak hati aku nih.

Allah tu Maha Adil. Maha Mengetahui segalanya. Dia yang menciptakan kita. untuk menjadi khalifah di Bumi ini. untuk mentadbir dengan aman damai. Allah tu tahu limit hambanya. percaya pada aku. Allah tak akan menduga hambanya lebih daripada kemampuan hambanya itu. sebab tu kita harus bersyukur kerana masih diberi kekuatan mental dan fizikal untuk menempuhi hari-hari dalam hidup.

sekiranya Allah mengambil sesuatu yang kau sayangi, ingat lah bahawa Dia telah menyediakan yang terbaik untuk mu. kerana hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita semua. ye. hanya Dia. jangan merasa kecewa kerana apa yang dirancang tidak menjadi. pasti ada hikmah disebalik nya. sentiasa bersyukur dengan apa yang dah diberikan kepada kita. kesihatan tubuh badan. akal fikiran yang waras. keluarga yang bahagia. kesenangan dan keselesaan hidup. ada je yang kat luar sana tu kurang bernasib baik berbanding dengan kita. so,jangan lupa bersyukur kepada Allah. Alhamdulillah. Allah tidak pernah lupa akan janji nya terhadap kita semua.

aku rindukan dia.

aku yang mencari sinar,
atie

Tiada ulasan: